MUMBAI akan menganjurkan “Oscar Bollywood” untuk kali pertama di India selepas 20 tahun tidak diadakan, berikutan bintang-bintangnya, penggerak dan penyanyi industri perfileman India meraih keuntungan besar di pasaran besar termasuk China.
Dengan hampir 1,800 judul filem yang dikeluarkan pada tahun 2018, negara Asia Selatan itu adalah industri filem terbesar di dunia dari segi pengeluaran filem, ia juga mampu menarik penonton dari Australia, Afghanistan hingga Afrika.
Industri Bollywood berkembang 12.2 peratus pada tahun 2018, ia merangkumi produk-produk filem pelbagai bahasa termasuk Bahasa Hindi, Tamil dan Telugu, lapor Ernst & Young dan Persekutuan Perdagangan & Industri India.
Diaspora Asia Selatan yang besar di Amerika Utara, Britain dan rantau Teluk secara tradisinya menjadi pasaran utama luar negaranya.
Filem-filem blockbuster Bollywood yang dilancarkan di bahagian Amerika Utara dan Britain adalah acara besar di negara itu yang menyaksikan peminat bintang-bintangnya beratur selama berjam-jam hanya untuk bertemu bintang pujaan mereka seperti Shah Rukh Khan.
Filem-filem India juga telah berkembang hebat di tempat lain, terutamanya di China.
Komedi “Andhadhun”, sebagai contoh, dicalonkan untuk filem terbaik di Anugerah Akademi Filem Antarabangsa India pada hari Rabu, di mana ia meraih bilangan penonton China, yang mencatat keuntungan hampir AS$50 juta.
Aamir Khan, bintang dua filem India yang disambut baik di China, menjadi kegilaan peminat dan dikenali ramai sebagai “tuhan lelaki”. – AFP, 16 September, 2019.
Komen