Penyelamat India cari 39 mangsa bot terbalik yang hilang


Polis memberitahu AFP bahawa lapan mayat telah dijumpai selepas kemalangan berlaku di Sungai Godavari di negeri selatan Andhra Pradesh semalam. – Gambar EPA, 16 September, 2019.

PIHAK berkuasa India terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat untuk mencari 39 orang yang hilang selepas bot pelancongan mereka terbalik di sungai India.

Polis memberitahu AFP bahawa lapan mayat telah dijumpai selepas kemalangan berlaku di Sungai Godavari di negeri selatan Andhra Pradesh semalam.

Bot itu membawa kira-kira 73 penumpang yang mana 26 berjaya diselamatkan, kata pegawai polis tempatan Adnan Asmi.

Hampir 300 anggota menggunakan bot dan helikopter terlibat dalam operasi pencarian hari ini termasuk dari Tentera Laut India dan Pasukan Tindak Balas Bencana Nasional.

Laporan media mengatakan bahawa pasukan penyelam khas yang dilengkapi peralatan sonar dijangka tiba di tempat kejadian dari negeri utara Uttarakhand.

Bot itu sedang dalam perjalanan ke tempat perkelahan popular ketika ia dilaporkan terbalik.

Laporan media tempatan mengatakan Sungai Godavari telah dinaiki air selama seminggu.

Satu laporan di Times of India memetik seorang menteri kanan Andhra Pradesh mengatakan bot itu tidak mempunyai lesen atau kebenaran untuk membawa pelancong.

Pemeriksaan keselamatan yang lemah dan keseksaan adalah penyebab utama bot itu terbalik terutama ketika musim monsun.

Perdana Menteri India Narendra Modi menzahirkan ucapan takziahnya.

Minggu lepas kira-kira 12 orang meninggal dunia di Bhopal selepas dua bot terbalik semasa melakukan upacara keagamaan di sebuah tasik. – AFP, 16 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen