Sarawak selar cadangan Putrajaya lantik ketua masyarakat


Desmond Davidson

TIMBALAN Ketua Menteri James Masing hari ini berkata kerajaan negeri tidak akan bersetuju atau membenarkan Putrajaya meneruskan cadangan untuk melantik sendiri ketua masyarakat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 September, 2019.

TIMBALAN Ketua Menteri Sarawak James Masing hari ini berkata kerajaan negeri tidak akan bersetuju atau membenarkan Putrajaya meneruskan cadangan untuk melantik sendiri ketua masyarakat walaupun ia akan bermakna setiap komuniti akan mempunyai dua orang ketua.

Beliau berkata cadangan Putrajaya itu adalah dasar pecah dan perintah.

“Kita tak terima dasar pecah dan perintah,” katanya sambil memberi amaran kerajaan persekutuan tidak akan dapat memperbodohkan pemimpin di negeri itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengumuman Timbalan Menteri Luar Bandar R Sivarasa malam tadi bahawa Kabinet telah setuju kementeriannya melantik individu layak memegang jawatan ketua masyarakat seawal 1 Januari.

Masing berkata “Sarawak mempunyai prerogatif dalam meluluskan pemilihan ketua masyarakat”.

Beliau turut mempertahankan sistem yang digunapakai kerajaan negeri dalam melantik ketua rumah panjang, ketua kampung, pemanca dan temenggong yang menurutnya sudah diamalkan sejak bertahun lamanya.

Katanya pemilihan diadakan sebelum ketua dilantik.

“Dalam kalangan masyarakat Dayak, khususnya Iban, tuai rumah dipilih oleh masyarakat.

“Selepas itu, kerajaan negeri akan meluluskan.” – 16 September, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen