Selepas Aramco diserang, harga minyak dunia naik lebih 10%


West Texas Intermediate (WTI) melonjak 10.68% kepada AS$60.71 (RM253) dan Brent naik 11.77% kepada AS$67.31 pada awal hari perdagangan Asia, susulan letupan di kilang milik syarikat minyak Saudi, Aramco. – Gambar EPA, 16 September, 2019.

HARGA minyak naik lebih 10% hari ini selepas dua serangan ke atas kilang minyak Arab Saudi menyebabkan pengeluaran negara itu terjejas separuh, dengan presiden AS menyalahkan Iran dan meningkatkan kemungkinan negara itu bakal diserang.

West Texas Intermediate (WTI) melonjak 10.68% kepada AS$60.71 (RM253) dan Brent naik 11.77% kepada AS$67.31 pada awal hari perdagangan Asia, susulan letupan di kilang milik syarikat minyak Saudi, Aramco.

Serangan pada Ahad disokong oleh pemberontak Huthi disokong Tehran di negara jirannya, Yaman, di mana Saudi terlibat dalam perang berlanjutan lebih lima tahun itu, memberi kesan kepada 6% bekalan minyak dunia.

Brent melonjak hampir 20% pada satu ketika hari ini, dan WTI melonjak 15% sebelum stabil.

Donald Trump semalam berkata AS bersedia untuk memberikan respond kepada serangan itu, dan Setiausaha Negara Mike Pompeo berkata: “AS akan bekerjasama dengan rakan dan sekutu kami bagi memastikan bekalan pasaran tenaga berterusan dan Iran dipertanggungjawabkan atas kejadian ini.”

Tehran menafikan dakwaan itu, tetapi berita itu menimbulkan ketakutan konflik bakal tercetus selepas sebuah kapal minyak di Timur Tengah diserang awal tahun ini yang juga dipersalahkan kepada Iran.

“Ketegangan di Timur Tengah naik mendadak, bermakna ia akan berterusan minggu ini walaupun selepas panik mengejut pasaran minyak pagi ini (surut),” kata Jeffrey Halley, penganalisis kanan di Oanda. – AFP, 16 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen