11 maut dalam letupan bom di Syria


Kejadian berlaku di Al-Rai dekat sempadan Turki yang ditawan tentera Turki dan pemberontak Syria. – Gambar AFP, 16 September, 2019.

SEBELAS orang awam terbunuh dalam letupan bom berhampiran sebuah hospital di utara Syria semalam, kata pemerhati.

Kejadian berlaku di Al-Rai dekat sempadan Turki, menurut Balai Cerap Britain bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Syria.

Tiada pihak yang mengaku atas kejadian tersebut.

Seorang anggota pasukan keselamatan pemberontak Syria yang disokong Turki berkata sebuah trak meletup di luar bangunan pusat kesihatan.

Timbalan ketua majlis tempatan, Alaa al-Hammad berkata trak itu diletupkan dari jarak jauh.

Antara yang terbunuh adalah seorang ahli farmasi dan dua kanak-kanak.

Tentera Turki dan pemberontak Syria menawan Al Rai dan bandar berdekatan, Azaz yang terletak di bahagian utara menerusi operasi tentera ke atas kumpulan Daesh dan pejuang Kurdish pada 2016.

Ankara menempatkan tentera dan pasukan risikan di kawasan tersebut dan menyokong pemberontak Syria.

Tentera Turki dan pemberontak Syria juga menawan Afrin di barat laut dari puak Kurdish tahun lalu. Ankara menyifatkan pejuang Kurdish sebagai “pengganas”.

Bulan lalu, Ankara dan Washington berkata mereka akan bekerjasama untuk mewujudkan kawasan mampan di kawasan timur laut Syria di sepanjang sempadan Turki selepas pejuang Kurdish berundur.

Satu pasukan rondaan AS-Turki memantau kawasan itu sehingga ke timur Sungai Euphrates minggu lalu. – AFP, 16 September, 2019.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen