Jangan mengalah mencapai perpaduan


DI kala kita menyambut Hari Malaysia yang kedua di bawah kerajaan baharu, semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan sewaktu Hari Malaysia pada tahun sebelumnya kian hilang. 

Kini kita tersedar daripada mimpi - perpaduan antara pelbagai komuniti masih jauh dari realiti.

Dalam masa setahun sejak Hari Malaysia yang lalu, kita telah menyaksikan pelbagai peristiwa yang mencabar kesepakatan rakyat Malaysia berdasarkan garis etnik, agama dan wilayah. 

Walaupun ramai yang telah hilang harapan, kita tidak harus mengalah dalam mengejar harapan untuk mencapai perpaduan. 

Kita harus ingat bahawa Malaysia adalah tanah air bagi mereka yang dilahirkan di sini sepertimana lagu kebangsaan mengingatkan kita “Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup, Bersatu and maju”.

Kita harus mendukung semangat perpaduan serta mengiktiraf kepelbagaian yang membentuk negara kita sekiranya kita ingin negara kita terus maju. 

Kita harus terbuka untuk memahami sifat majmuk masyarakat kita dan berusaha untuk menghargai semangat kesatuan dalam kepelbagaian.

Oleh itu, kita mesti melibatkan diri dalam diskusi awam dengan niat baik dan sikap saling hormat-menghormati untuk menangani perselisihan yang timbul daripada perbezaan kita. 

Penting untuk kita ingat bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia yang hanya menginginkan yang terbaik untuk negara dan seluruh rakyatnya.

Selamat Hari Malaysia! – 16 September, 2019.

* Zaid Kamaruddin adalah pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen