Suspek kes bunuh wanita direman seminggu 


SEORANG lelaki tempatan yang disyaki terlibat kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemui berbungkus dalam selimut di sebuah pangsapuri di Prima Damansara, Petaling Jaya, Rabu lepas, direman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din ketika diihubungi berkata suspek direman mulai hari ini sehingga Sabtu depan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Hari ini, polis telah menahan suspek pada kira-kira 1.30 pagi tadi selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Pada Rabu lepas, mayat seorang wanita ditemui berbungkus dalam selimut yang diletakkan dalam timbunan bantal di pangsapuri berkenaan.

Hasil bedah siasat polis sebelum ini mendapati wanita itu dipercayai mati akibat sesak nafas. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama, 15 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen