Bacaan IPU kembali tidak sihat menjelang malam


Alfian Z.M. Tahir

Walaupun bacaan sederhana di kawasan Lembah Klang. Namun, beberapa tempat di Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Melaka kembali mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 September, 2019.

LANGIT cerah tidak bertahan lama di beberapa kawasan dalam negara kerana kebanyakan kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap tidak sihat sekali lagi pada pukul 7 malam.

Walaupun bacaan sederhana di kawasan Lembah Klang. Namun, beberapa tempat di Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Melaka kembali mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat.

Batu Muda, Cheras, Kuala Selangor, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang mempunyai bacaan IPU antara 97 hingga 77.

Johan Setia, Putrajaya, Banting, Nilai, Seremban, Alor Gajah, Port Dickson, Bukit Rambai, Segamat, Batu Pahat, Kluang, Larkin, Rompin, Temerloh, Indera Mahkota Kuantan dan Balok Baru Kuantan mencatatkan bacaan udara tidak sihat antara 108 hingga 190.

Bandaraya Melaka dan Tangkak adalah satu-satunya kawasan di semenanjung dengan bacaan yang sangat tidak sihat dengan masing-masing mencatat bacaan IPU 215 dan 249.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara yang baik; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat; dan, 300 dan ke atas, berbahaya.

Di Malaysia Barat, sembilan kawasan di Sarawak menunjukkan bacaan IPU pada tahap kualiti udara yang tidak sihat. Sementara Kuching dan Samarahan berada di kawasan yang sangat tidak sihat dengan IPU 210 dan 204.

Tempat-tempat lain di Sarawak dengan bacaan udara tidak sihat adalah ILP Miri (130), Miri (109), Samalaju (121), Bintulu (149), Mukah (131), Sibu (155l, Sarikei (172), Sri Aman SK Kuala Baram (111).

Tawau pula merupakan satu-satunya kawasan di Sabah dengan bacaan IPU tidak sihat sebanyak 128. Manakala kawasan-kawasan lain adalah sederhana.

Sementara itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata bahawa pembenihan awan di semenanjung telah dijadualkan akan bermula esok.

Timbalan menteri, Isnaraissah Munirah Majilis, berkata operasi itu akan memberi tumpuan kepada Selangor dan Johor, yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) yang tinggi.

“Untuk pembenihan awan esok, pesawat akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang ... Jabatan Meteorologi Malaysia bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia. Taklimat untuk operasi itu akan bermula pukul 8.30 pagi manakala pembenihan awan akan dijalankan pada pukul 11 ​​pagi, “katanya.

Isnaraissah juga mengatakan bahawa asap di Semenanjung adalah disebabkan pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia selain dari Kalimantan seperti yang ditunjukkan oleh data dari Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC). – 15 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen