Kapal Ocean Viking berlayar semula selamatkan pelarian Libya


Di bawah perjanjian baharu negara-negara Eropah, Itali, Perancis dan Jerman. Setiap negara akan menerima pendatang baharu ke negara masing-masing dengan pembahagian yang dipersetujui mereka. – Gambar AFP, 15 September, 2019.

KAPAL penyelamat amal, Ocean Viking pada hari Ahad bersedia untuk kembali berlayar untuk menyelamatkan mangsa kapal karam yang mengangkut pelarian dari Libya selepas mendaratkan 82 orang di Itali berikutan dasar kerajaan Itali yang membenarkan kapal itu tersebut berlabuh di pelabuhannya.

Pihak berkuasa Itali mengenal pasti dan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap pendatang kawasan pedalaman Sahara, Afrika selepas mereka diturunkan di pelabuhan Lampedusa selepas lebih dari enam hari berlegar di perairan wilayah itu.

Di bawah perjanjian baharu negara-negara Eropah, Itali, Perancis dan Jerman. Setiap negara akan menerima 24 orang ke negara masing-masing. Sementara Portugal akan mengambil lapan dan dua orang akan diserahkan kepada Luxembourg, lapor media Itali.

“Setelah berlabuh, Ocean Viking harus kembali meneruskan misi mencari dan menyelamat di Mediterranean Tengah, kerana orang akan kehilangan nyawa di perairan di mana tidak ada kapal penyelamat yang membantu sekarang,” kata koodinator kapal Nicola Stalla pada hari Sabtu.

Pemimpin-pemimpin Eropah sedang berusaha untuk mencapai mekanisme automatik yang akan menyaksikan para pelarian yang diselamatkan dibawa ke Itali atau Malta dan segera dibawa ke seluruh Eropah.

Masih tidak didedahkan berapa bilangan negara yang mendaftar dalam rancangan tersebut.

Kerajaan baru Itali, yang mengambil alih pentadbiran, memulakan dasar imigrannya sendiri yang berbeza daripada sikap tegas bekas Menteri Dalam Negeri Itali Matteo Salvini terhadap kapal kebajikan dan pendatang.  – AFP, 15 September, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen