DELEGASI Taliban akan mengadakan rundingan dengan pihak Rusia di Moscow selepas rundingan dengan Amerika Syarikat menemui kegagalan, kata Kementerian Luar Rusia.
“Wakil khas presiden Rusia ke Afganistan, Zamir Kabulov, menemui wakil Taliban di Moscow,” kata jurucakap kementerian, memetik agensi berita RIA-Novosti.
Bagaimanapun tarikh untuk rundingan itu tidak diberikan.
“Pihak Rusia menekankan keperluan untuk mengadakan semula antara Amerika Syarikat dan kumpulan Taliban,” kata jurucakap itu.
“Bagi pihak mereka, Taliban mengesahkan kesanggupan mereka untuk mengadakan dialog dengan Washington,” tambahnya.
Sehingga minggu lalu pelbagai jangkaan berhubung perjanjian AS-Taliban yang akan menyaksikan pengunduran tentera AS di Afghanistan dan tawaran Taliban untuk jaminan keselamatan.
Namun pada minggu lalu, Presiden Donald Trump mendedahkan beliau membatalkan pertemuan yang beum pernah diadakan antara dirinya dan Taliban di Amerika Syarikat dan mengisytiharkan rundingan dengan militan itu sudah “mati”.
Trump melalui Twitter pada Sabtu berkata: “Taliban tidak pernah menerima tamparan sehebat ini. 12 orang terbunuh termasuk seorang tentera AS bukanlah idea yang baik. Terdapat banyak cara untuk menetapkan rundingan. Taliban tahu mereka buat kesilapan besar, dan mreka tidak tahu cara untuk selesaikannya!”
Dengan lebih 13,000 tentera AS masih di Afghanistan, Trump benar-benar berhasrat untuk menamatkan perang Amerika paling panjang, yang dilancarkan 18 tahun lalu selepas serangan 11 September.
Namun timbul kebimbangan keganasan akan tercetus menjelang pilihan raya presiden yang ditetapkan pada 28 September pada Afghanistan. – AFP, 15 September, 2019.
Komen