Jepun Airlines mungkin beli kepentingan dalam Malaysia Airlines


USAHA sama antara Japan Airlines Co Ltd (JAL) dan Malaysia Airlines boleh melibatkan lebih banyak penerbangan bersama antara kedua-dua negara, memandangkan syarikat penerbangan Jepun itu mungkin memperoleh kepentingan dalam syarikat penerbangan negara yang bermasalah, lapor The Edge.

Memetik sumber yang maklum dengan perkembangan itu, ia berkata terdapat rundingan peringkat tertinggi bagi JAL untuk memperoleh kepentingan dalam Malaysia Airlines kerana hubungan rapat antara Putrajaya dan kerajaan Jepun.

“Ia mungkin JAL, kami suka semua perkara mengenai Jepun dan Kazanah (Nasional) sudah menjual aset kepada Jepun baru-baru ini,” kata sumber itu, merujuk kepada pelupusan 16% kepentingan Khazanah dalam IHH Bhd kepada Mitsui & Co tahun lepas.

Khazanah juga merupakan pemegang saham tunggal Malaysia Airlines.

Sementara itu, pegawai kerajaan berpangkat tinggi memberitahu The Edge bahawa pada masa ini, hubungan ini hanyalah usaha sama.

Pada Jun, presiden JAL Yuji Asaka berkata terlalu awal untuk mempertimbangkan pelaburan ekuiti dalam Malaysia Airlines tetapi kemungkinan dalam perbincangan masa depan.

Pada masa ini, Jentayu Danaraksha Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang mengemukakan cadangan kepada Morgan Stanley, firma penasihat AS yang dilantik untuk mencari penyelesaian bagi syarikat penerbangan negara itu. – 15 September, 2019.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen