RIBUT Tropika Humberto yang membadai Bahamas berserta hujan dan angin pada Sabtu, mungkin memperlahankan usaha bantuan kemusnahan akibat Taufan Dorian dua minggu lalu.
Pusat Badai Kebangsaan AS berkata pusat ribut itu, membawa angin berkekuatan maksimum 80 kilometer sejam, membadai pada petang Sabtu kira-kira 70 batu di utara Pulau Besar Abaco, salah satu kawasan paling terjejas dilanda Dorian.
Humberto bergerak meninggalkan Bahamas dan jauh dari pandai Florida hujung minggu ini, kata NHC. Kekuatannya diramal meningkat pada petang Ahad tetapi dijangka tidak memberi kesan besar ke atas Bahamas dan AS.
Kira-kira lima hingga 10 sentimeter hujan dijangka melanda di kebanyakan kawasan, dengan banjir di beberapa kawasan rendah, kata Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan Bahamas (NEMA) memberi amaran.
Setakat ini, angka kematian akibat Taufan Dorian adalah seramai 52 orang, tetapi pegawai mengatakan jumlah itu mungkin meningkat.
Kira-kira 1,300 orang masih belum dikira tetapi Smith berkata para pegawai sedang berusaha merujuk data baru dan mencari mereka yang hilang. – AFP, 15 September, 2019.
Komen