Arab Saudi sedia balas serangan dron pemberontak Houthi


Sejak beberapa bulan lepas, pemberontak Houthi melancarkan siri serangan rentas sempadan menyasarkan pangkalan udara Arab Saudi dan beberapa kemudahan lain. – Gambar EPA, 15 September, 2019.

ARAB Saudi sedia bertindak balas terhadap serangan dron ke atas dua kemudahan minyak yang didakwa dilakukan oleh pemberontak Houthi dari Yaman.

Serangan itu menyebabkan gangguan bekalan yang teruk dan Washington menyalahkan Iran berhubung kejadian itu.

Pemberontak Houthi mendakwa mereka melancarkan serangan berskala besar dengan melibatkan 10 dron terhadap fasiliti itu.

Namun Setiausaha Amerika Syarikat Mike Pompeo menyalahkan Teheran atas serangan itu dan mendakwa tiada bukti menunjukkan dron itu dilancarkan dari Yemen.

Putera Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman berkata kerajaan sedia untuk bertindak balas terhadap tindakan agresif pengganas itu.

Sejak beberapa bulan lepas, pemberontak Houthi melancarkan siri serangan rentas sempadan menyasarkan pangkalan udara Arab Saudi dan beberapa kemudahan lain.

Serangan itu dikatakan sebagai tindakan balas dendam terhadap Arab Saudi kerana mengetuai kempen pengeboman di kawasan pemberontakan di Yemen.

Bulan lalu, satu serangan sama menyebabkan kemudahan gas milik Aramco terjejas, tetapi tiada kematian dilaporkan dalam serangan itu. – AFP, 15 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen