Trump sahkan kematian anak Osama bin Laden


Hamza bin Laden (tengah) dikhabarkan terkorban terbunuh kira-kira dua tahun lalu dalam satu operasi membabitkan tentera AS. Gambar dikeluarkan CIA ini dirakam ketika majlis perkahwinannya. – Gambar AFP, 15 September, 2019.

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu mengesahkan Hamza bin Laden, anak lelaki dan pewaris pengganti pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden, terbunuh dalam operasi keganasan di sempadan Afghanistan-Pakistan.

“Kehilangan Hamza bin Laden bukan sahaja menghalang Al-Qaeda daripada kemahiran kepimpinan penting dan hubungan simbolik terhadap bapanya, tetapi menjejaskan aktiviti operasi penting kumpulan itu,” kata Trump dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh White House.

Media AS melaporkan pada awal Ogos, memetik pegawai risikan, bahawa Hamza terbunuh dalam operasi dua tahun lalu yang melibatkan negara itu.

Setiausaha Pertahanan Mark Esper mengesahkan kematian bulan lalu, mengatakan beliau difahamkan Hamzah terbunuh, tetapi Trump dan pegawai kanan lain tidak mengesahkan berita itu secara terbuka.

Hamza yang dianggar berusia 30 tahun adalah anak ke-15 daripada 20 anak lelaki Osama bin Laden dan merupakan anak bersama isteri ketiganya, “muncul sebagai pemimpin rangkaian Al-Qaeda,” kata Jabatan Negara ketika mengumumkan hadiah AS$1 juta jika sesiapa berjaya membunuhnya pada Februari 2019 - mungkin selepas kematian sebenarnya. – AFP, 15 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen