ITALI bersetuju untuk membenarkan kapal penyelamat Ocean Viking mendaratkan 82 imigran di pelabuhan selatan Lampedusa, kata badan amal SOS Mediterranee yang mengendalikan kapal itu hari ini.
“Ocean Viking baharu sahaja menerima arahan dari Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Rom untuk meneruskan perjalanan ke Lampedusa,” kata SOS Mediterranee.
“Persetujuan ad hoc Eropah antara Itali, Perancis, Jerman, Portugal dan Luxembourg telah dicapai untuk membenarkan pendaratan,” kata Menteri Dalam Negeri Perancis Christophe Castaner, merujuk kepada pembahagian pendatang asing di antara lima negara tersebut.
“Kami sekarang perlu bersetuju dengan mekanisme sementara Eropah yang sebenar,” kata Castaner.
Ocean Viking kini dalam misi kedua dan bergerak antara Malta dan Itali selama hampir dua minggu bagi mencari pelabuhan untuk mendaratkan imigran.
Medecins Sans Frontieres (Doctors Witout Borders), yang mengendalikan kapal bersama dengan SOS Mediterranee, berkata kumpulan imigran itu terdiri daripada 58 lelaki, enam wanita dan 18 orang kanak-kanak.
Ocean Viking berjaya menyelamatkan 356 imigran dalam misi pertama.
Itali cuba menubuhkan sistem automatik untuk membahagikan pendatang yang diselamatkan di Mediterranean di antara negara-negara Eropah, kata sumber diplomatik baru-baru ini.
Perancis dan Jerman telah memberi lampu hijau kepada sistem baru itu, yang juga melibatkan Luxembourg, Malta, Portugal, Romania dan Sepanyol. – AFP, 14 September, 2019.
Komen