KETUA pengarah unit perisikan Royal Canadian Mounted Police (RCMP) telah ditahan dan didakwa di bawah Akta Maklumat Keselamatan, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan CTV pada Jumaat.
Cameron Ortis telah didakwa di bawah tiga bahagian akta itu dan dua bahagian Kanun Jenayah Kanada.
Akta Maklumat Keselamatan adalah undang-undang keselamatan negara Kanada yang menangani kebimbangan keselamatan termasuk ancaman pengintipan oleh kuasa asing.
Sejumlah tujuh pertuduhan dikemukakan terhadap Ortis, 47. Dua daripadanya bertarikh pada Januari 2015 sehinggalah penahanannya pada Khamis.
Ortis tidak diwakili peguam namun hadir menerusi pautan video di sebuah mahkamah di Ottawa pada Jumaat tengah hari.– Bernama, 14 September, 2019.
Komen