AKTIVIS Hong Kong Joshua Wong semalam menggesa Presiden Amerika Syarikat (AS) menyelitkan “klausa hak asasi manusia” dalam mana-mana perjanjian perdagangannya dengan China.
Ia sebagai usaha untuk mendapatkan usaha terhadap pergerakan demokrasi di Hong Kong.
Ketika berucap dalam satu majlis di New York semalam, aktivis berusia 22 tahun itu menyeru ahli politik AS meluluskan rang undang-undang menyokong pro-demokrasi.
“Penting untuk memasukkan klausa hak asasi manusia dalam rundingan perdagangan dan meletakkan rusuhan di Hong Kong sebagai antara agenda dalam rundingan perdagangan,” kata Wong.
AS dan China terlibat dalam perang dagangan sejak tahun lalu berkaitan pertikaian tarif bernilai berbilion dolar dalam perdagangan dua hala.
Kedua-dua kuasa besar ekonomi itu dijangka mengadakan rundingan pada bulan depan.
Wong berkata isu rusuhan di Hong Kong perlu disertakan dalam rundingan tersebut kerana wilayah itu berdepan ancaman darurat serta atas faktor kebimbangan China akan menghantar tentera. – AFP, 14 September, 2019.
Komen