KUMPULAN hak asasi manusia Amnesty International semalam menuntut keadilan bagi mangsa yang terbunuh dalam rusuhan di Sudan dengan menegaskan tindakan keras terhadap perusuh adalah sangat tidak wajar.
Sudan mengalami rusuhan selama berbulan sejak Disember, yang mulanya untuk menentang bekas presiden Omar al-Bashir yang akhirnya digulingkan. Ia kemudian berlarutan terhadap tentera yang mengambil alih pemerintahan Bashir.
Menurut pergerakan rusuhan, lebih 250 orang perusuh terbunuh, termasuk 127 orang dalam tindakan keras pada awal Jun di luar ibu pejabat tentera di Khartoum.
“Amnesty International mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sudan yang menunjukkan kepada kami bahawa keberanian dan ketahanan dapat melawan ketidakadilan dan pencabulan ke atas hak manusia,” kata setiausaha agungnya, Kumi Naidoo.
Katanya, penunjuk perasaan dikenakan tindakan ganas yang keterlaluan.
“Amnesty International akan membela rakyat Sudan dengan menyeru kerajaan baharu memastikan keadilan yang mutlak bagi keluarga mangsa yang terbunuh.” – AFP, 14 September, 2019.
Komen