Pelakon Felicity Huffman dihukum penjara 2 minggu


Pelakon drama bersiri Desperate Housewives, Felicity Huffman adalah individu berprofil tinggi pertama dijatuhi hukuman penjara akibat terlibat dalam skandal yang mengegarkan AS. – Gambar AFP, 14 September, 2019.

PELAKON Amerika Syarikat (AS) Felicity Huffman menerima hukuman penjara dua minggu semalam atas kesalahan merasuah supaya anak perempuannya dapat menyambung pengajian di sebuah universiti berprestij di negara itu.

Pelakon drama bersiri Desperate Housewives itu adalah individu berprofil tinggi pertama dijatuhi hukuman penjara akibat terlibat dalam skandal yang mengegarkan AS.

Huffman, 56, kelihatan pucat ketika meninggalkan mahkamah persekutuan di Boston, Massachusetts bersama suaminya, pelakon William H. Macy semalam.

Beliau antara 50 ibu bapa yang didakwa terlibat dalam skandal penipuan bagi membantu anak mereka memasuki pusat pengajian elit di AS. Huffman adalah yang pertama menerima hukuman.

Mei lalu, calon Anugerah Oscar itu mengaku bersalah membayar AS$15,000 (RM64,500) supaya markah peperiksaan SAT anak perempuannya dinaikkan.

Hukuman yang dijatuhi keatasnya termasuk denda AS$30,000 dan 250 jam khidmat masyarakat.

Huffman dikehendaki menjalani hukuman penjara mulai 25 Oktober. – AFP, 14 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen