Pembebasan Maria suntik semangat rakyat Melaka sertai himpunan kleptokrasi


PAKATAN Harapan (PH) Melaka mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi Bersih dan pasukan guaman beliau di atas pembebasan Maria Chin Abdullah dari tuduhan yang dikenakan kepadanya berkaitan penganjuran Bersih 4 pada Ogos 2015.

Ini juga membuktikan bahawa gerakan menuntut pilihanraya adil dan bersih yang dilakukan adalah mengikut Perlembagaan.

Maka dengan keputusan pembebasan tersebut, rakyat harus bangkit bersatu melawan ketidakadilan dan penyelewengan kuasa serta korupsi tanpa perlu merasa takut dan bimbang.

Ayuh kita menjadikan kemenangan Maria ini sebagai pendorong untuk bersama-sama kita turun dan menjayakan Himpunan Rakyat seperti butir dibawah:

Himpunan Rakyat: “Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi”

Tarikh: 14 Oktober 2017

Waktu: 4 Petang hingga 12 Malam

Lokasi: Padang Timur, MBPJ, Petaling Jaya

Justeru PH Melaka suka untuk menyeru seluruh rakyat Melaka khususnya untuk hadir bersama dalam Himpunan Rakyat tersebut bagi kita memberi isyarat jelas bahawa Malaysia mesti diselamatkan dengan menghapuskan amalan kleptoktasi melalui perubahan kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang. – 12 Oktober, 2017.

*Adly Zahari adalah pengerusi Pakatan Harapan Melaka

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen