INDONESIA hari ini menamakan empat syarikat Malaysia yang didakwa memulakan beberapa pembakaran menjadi punca jerebu rentas sempadan yang menyelubungi beberapa kawasan di Malaysia, lapor Reuters.
Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar berkata, empat syarikat terbabit adalah Sime Indo Agro, yang merupakan salah satu unit dalam Sime Darby Plantation di Barat Kalimantan; Sukses Karya Sawit milik IOI Corporation; Rafi Kamajaya Abadi, milik TDM Bhd; dan Adei Plantation and Industry, anak syarikat Kuala Lumpur Kepong Group yang berpangkalan di Riau.
Menurutnya, empat syarikat ini merupakan antara 30 yang dikenal pasti melakukan pembakaran di tanah mereka, dan telah disita.
Siti Nurbaya berkata Malaysia tidak lebih objektif mengenai punca kebakaran di Sumatera dan di kepulauan Borneo, dan menambah asap daripada kebakaran mungkin sudah merentas ke Malaysia, namun kebakaran turut dikesan minggu lalu di Sarawak dan semenanjung.
“Saya hanya minta pihak Malaysia untuk lebih objektif dalam analisis data mereka,” katanya kepada agensi berita itu. – 13 September Ogos, 2019.
Komen