SARAWAK telah memberikan Putrajaya tarikh akhir yang baharu bagi membincangkan rundingan mengenai isu-isu tertunggak dalam kajian semula pematuhan atau ketidakpatuhan Perjanjian Malaysia 1963.
Kerajaan negeri mahu kerajaan Persekutuan menyelesaikan semua isu dan perselisihan yang telah menjadi halangan dalam hubungan persekutuan negeri akhir Oktober ini.
Pada awalnya tarikh akhir berakhir 31 Ogos lalu.
“Tidak ada rundingan seperti Israel dan Palestin di mana selepas 20 tahun, kita masih tak nampak ada penyelesaian masalah,” kata Pengerusi Jawatankuasa Perunding Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak Mohamad Asfia Awang Nassar.
Asfia yang juga speaker DUN berkata, sementara kebanyakan isu telah diselesaikan “ada masalah di mana terdapat beberapa bantahan di antara satu sama lain”.
Beliau berkata sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan pada masa itu, “maka kita akan memikirkan langkah seterusnya”.– 13 September, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen