PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata, AS sedia menimbang mencapai sebahagian daripada perjanjian perdagangan dengan China.
Agensi berita Sputnik melaporkan, Trump berkata demikian meskipun katanya, beliau lebih suka mencapai perjanjian menyeluruh menangani kegusaran Washington berkaitan hubungan dagang dengan Beijing.
“Saya melihat banyak analisis menyatakan perjanjian sementara, bermakna kita menerima sebagian daripadanya.
“Saya fikir, ia suatu yang kita sedia timbangkan, tetapi kita berusaha sebaik-baiknya,” katanya.
Trump bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari Washington bagi mengahadiri persidangan ahli Kongres Republikan di Baltimore, Maryland. – Bernama, 13 September, 2019.
Komen