INDIA menetapkan matlamat untuk menyiapkan projek landasan kereta api baharu dengan Bangladesh pada 2020 bagi meningkatkan kesalinghubungan rentas sempadan, sekaligus berupaya memacu sektor pelancongan dan perdagangan.
Projek bernilai 9.7 bilion rupee (kira-kira US$136 juta) itu akan menghubungkan Agartala sebuah bandar di Tripuran timur laut India dengan Rangkaian Keretapi Bangladesh di Akhaura.
Dilancarkan tahun lepas projek itu dibiayai di bawah geran India dan dilaksanakan oleh syarikat IRCON.
Kementerian Pembangunan Wilayah Utara-Timur India dalam satu kenyataan berkata projek itu dijangka siap sepenuhnya pada 2020.
Landasan sepanjang 5.46 kilometer merangkumi wilayah India dan sejauh 6.57 kilometer di wilayah Bangladesh.
Apabila siap kelak, perkhidmatan kereta api Maitree Express yang beroperasi di antara Kolkata dan Dhaka boleh diteruskan sehingga ke Agartala. – Bernama, 13 September, 2019.
Komen