PRESIDEN Tanzania John Magufuli telah memecat ketua perkhidmatan perisikan negara itu, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan pejabat presiden pada Khamis.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan unit akhbar presiden itu, Magufuli melantik Diwani Athumani Msuya sebagai ketua Perkhidmatan Perisikan dan Keselamatan Tanzania (TISS) yang baharu bagi menggantikan Modestus Kipilimba.
Ketua baharu itu telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan presiden di Dar es Salaam, ibu kota perniagaan Tanzania.
Sebelum dilantik sebagai ketua perkhidmatan perisikan yang baharu, Msuya adalah ketua agensi pencegahan rasuah, PCCB.
Pemecatan Kipilimba menjadikan beliau sebagai ketua unit keselamatan itu yang paling singkat berkhidmat sejak kemerdekaan Tanzania pada 1961.
Beliau telah dilantik menerajui TISS pada 2016.
Ketua unit perisikan berkhidmat untuk tempoh lima tahun di bawah undang-undang Tanzania, dan tempohnya boleh diperbaharui. – Bernama, 13 September, 2019.
Komen