PRESIDEN Korea Selatan Moon Jae In dan Presiden Donald Trump akan mengadakan perbincangan di New York akhir bulan ini di luar Perhimpunan Agung ke-74 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Yonhap.
Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengadakan pertemuan di luar perhimpunan agung yang akan berlangsung dari 22 hingga 26 September, menurut jurucakap Rumah Biru Ko Min Jung pada Jumaat.
Moon dijadual menyampaikan ucaptamanya pada 24 September.
Di samping itu, beliau dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan beberapa pemimpin negara lain.
Moon juga akan menyertai sidang kemuncak Partnering for Green Growth and the Global Goals 2030 (PG4) dan sidang kemuncak Tindakan Iklim PBB. – Bernama, 13 September, 2019.
Komen