SEKURANG-KURANGNYA 12 orang yang menghadiri upacara keagamaan maut selepas bot dinaiki terbalik, di Madhya Pradesh tengah India, lapor agensi berita Anadolu Agency pada Jumaat.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 pagi waktu tempatan (2300GMT Khamis) apabila bot yang membawa 20 penumpang terbalik di sebuah tasik di Bhopal.
Enam lagi mangsa diselamatkan. Operasi mencari masih diteruskan.
Menteri Madhya Pradesh PC Sharma berkata pihaknya telah mengarahkan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Upacara itu diadakan bagi memperingati ulang tahun kelahiran Tuhan Ganesha.
Kerajaan negeri turut mengumumkan pemberian pampasan sebanyak 4,00,000 rupee (US$5,600) kepada waris mangsa. – Bernama, 13 September, 2019.
Komen