Israel nafi intip White House


ISRAEL pada Khamis  menafikan laporan kononnya rejim itu memasang alat pengintipan berhampiran White House, lapor agensi berita Xinhua.

Pejabat Perdana Menteri Israel dalam kenyataan rasmi berkata laporan laman berita Politico Amerika itu sebagai “tidak benar.”

Menurut laporan dikeluarkan pada Khamis itu, pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengatakan Israel mungkin pihak yang bertanggungjawab memasang alat untuk merakam perbualan telefon di White House dan beberapa lokasi sensitif lain di sekitar Washington.

“Kerajaan Israel selama ini komited untuk tidak terlibat dalam operasi perisikan di AS,” jelas kenyataan pejabat perdana menteri.

“Ia bukan kali pertama Israel dituduh mengintip sekutunya.”

Pada 1986, mahkamah Amerika mendapati warga Amerika-Yahudi Jonathan Pollard bersalah kerana menjadi pengintip bagi pihak Israel. Beliau dibebaskan dengan parol pada November 2015. – Bernama, 13 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen