Diplomat Perancis ditahan punyai kaitan dengan kumpulan anti-Islam


Tahun lalu, seramai 13 orang yang disyaki ahli kumpulan anti-Islam dikenali sebagai Action of Operational Forces ditahan oleh pihak polis. – Gambar EPA, 13 September, 2019.

SEORANG diplomat Perancis yang ditugaskan di San Salvador dituduh atas dakwaan mempunyai kaitan dengan kumpulan anti-Islam ultra-kanan, kata satu sumber yang dekat dengan kes itu pada Khamis.

Suspek ditangkap di Perancis pada Jun oleh pengarah keamanan dalam negeri, DGSI, kemudian didakwa bersekutu dengan “anggota kumpulan pengganas”, kata sumber tersebut, mengesahkan laporan dalam akhbar Le Parisien.

Diplomat itu “bukan sekadar simpatisan” tetapi ahli “aktif” kumpulan ultra-kanan Action of Operational Forces (AFO), kata sumber kepada AFP.

Seramai 13 orang yang disyaki ahli kumpulan itu didakwa terbabit dalam kumpulan jenayah tahun lepas.

Antaranya ialah pegawai polis bersara yang dipercayai sebagai ketua kumpulan.

Menurut Le Parisien, diplomat Perancis itu terlibat dalam perancangan serangan dalam talian.

Beliau didakwa pada 6 Jun dan digantung daripada tugas diplomatiknya.

Cawangan AFO berikrar “untuk melawan ancaman terhadap Islam”.

Pasa musim panas lalu, senjata api, peluru dan komponen TATP dijumpai di kediaman 13 individu yang ditangkap. – AFP, 13 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen