Menteri termuda Jepun mahu hapuskan loji nuklear


Menteri Alam Sekitar Jepun Shinjiro Koizumi berkata tindakan perlu diambil, jangan sampai tragedi nuklear Fukushima pada 2011 berulang. – Gambar EPA, 12 September, 2019.

MENTERI alam sekitar Jepun yang baru dilantik berkata beliau mahu “mansuhkan” loji kuasa nuklear, memberi amaran ia perlu bagi mengelak berulangnya bencana nuklear Fukushima pada 2011.

Komen daripada Shinjiro Koizumi, bintang politik yang sedang meningkat naik dan juga anak kepada Perdana Menteri Junichiro Koizumi adalah yang pertama berkenaan isu kontroversi sejak dilantik dalam rombakan Kabinet semalam.

Beliau nampaknya senada dengan pendirian bapanya yang antinuklear selepas insiden Fukushima.

“Saya sedang berfikir bagaimana hendak memansuhkannya, bukan bagaimana untuk mengekalkannya,” katanya kepada wartawan ketika ditanya tentang rancangan kerajaan berhubung kuasa nuklear.

“Habislah kita jika kita biarkan kemalangan nuklear berlaku dua kali dalam satu negara. Kita tidak akan tahu bila gempa bumi berlaku,” katanya.

Kenyataan itu dijangka tidak memberi kesan serta-merta dalam kerajaan.

Shinjiro yang menjadi kegemaran media Jepun, adalah menteri termuda yang ketiga dilantik dalam Kabinet sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua. – AFP, 12 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen