Isu tanah adat Sarawak, peguam dan aktivis terkejut mahkamah tolak semakan kehakiman


Desmond Davidson

Mahkamah Persekutuan semalam yang menolak permohonan sekumpulan pemilik tanah adat Dayak untuk menyemak semula keputusan berkaitan hak mereka dikeluarkan pada 2016. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 September, 2019.

PEGUAM dan aktivis hak tanah Sarawak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang menolak permohonan sekumpulan pemilik tanah adat (NCR) Dayak untuk menyemak semula keputusan dikeluarkan pada 2016 berkaitan hak mereka. 

Panel lima hakim itu menolak permohonan semakan kehakiman berdasarkan sebab teknikal- berpendapat ia perlu difailkan sebagai rayuan bukannya semakan kehakiman.

Empat hakim- Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Alizatul Khair Osman Khairuddin, Mohd Zawawi Salleh dan Idrus Harun- membentuk majoriti menolak permohonan itu.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak David Wong Dak Wah menjadi hakim minoriti menyokong permohonan itu.

“Ini mengejutkan,” kata salah seorang peguam hak tanah ternama Sarawak, Dominique Ng.

“Pelik sekali untuk menolak satu kes yang sangat penting sebegitu,” kata Ng, merujuk kepada penolakan kes kerana sebab teknikal.

Katanya, sekiranya permohonan itu didengar, tidak mungkin perayu akan kalah semakan kehakiman.

“Bagaimana kami boleh kalah bila Kod Tanah (Sarawak) sudah dipinda bagi membetulkan keputusan (Mahkamah Persekutuan pada 2016)?”

Voon Lee Shan, seorang lagi peguam hak tanah, berkata penghakiman semalam memberi gambaran yang tiada kes NCR dibawa Dayak terhadap kerajaan negeri dan syarikat yang menjarah tanah adat di masa depan boleh dimenangi.

“Tanah ini dipisahkan oleh kerajaan negeri dan syarikat swasta atau syarikat berkaitan kerajaan mungkin menjarah pemakai menoa dan pulau galau tanah Dayak,” katanya. – 12 September, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen