Singa mekanikal da Vinci dipamer di Paris


Singa mekanikal ciptaan Leonardo da Vinci dipamerkan di Institut Kebudayaan Itali di Paris selama sebulan. – Gambar AFP, 12 September, 2019.

SINGA mekanikal ciptaan Leonardo da Vinci dipamerkan di Paris sempena memperingati ulang tahun kematian pelukis terkenal yang juga digelar mahaguru Renaissance itu.

Ia dipamerkan di Institut Kebudayaan Itali di Paris selama sebulan.

Hasil seni berukuran dua meter tinggi dan tiga meter panjang itu diperbuat daripada kayu dan mekanisme logam. Ia dibina semula berdasarkan lakaran asas peninggalan da vinci. Automaton asalnya tidak ditemui.

Da Vinci mereka singa tersebut atas arahan Pope Leo X untuk menghiburkan Raja Perancis, Francois I.

Da Vinci meninggal dunia pada Mei 1519, obses terhadap bagaimana burung terbang dan bagaimana pemahaman mengenai elemen penerbangan boleh membawa kepada penciptaan mesin terbang. – AFP, 12 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen