Trump setuju tangguh kenaikan tarif barangan China


Perang dagang AS-China terutama melibatkan produk pertanian sudah berlanjutan sehingga memberi kesan kepada ekonomi global. – Gambar EPA, 12 September, 2019.

PRESIDEN AS Donald Trump semalam mengumumkan yang beliau sudah berjanji untuk menangguhkan peningkatan tarif terhadap barangan China mencecah AS$250 bilion (RM1 trilion) selama dua minggu lagi, katanya keputusan itu kerana permohonan Beijing.

“Kami bersetuju, sebagai tindakan berbudi, untuk mengalihkan tarikh peningkatan tarif ke atas barangan bernilai AS$250 bilion (25% kepada 30%) daripada 1 Oktober kepada 15 Oktober,” tulisnya di Twitter.

Katanya, penangguhan itu dimohon oleh “Naib Perdana Menteri China Liu He dan disebabkan China akan menyambut ulang tahun ke-70.”

Pengumuman itu dikeluarkan selepas China sebelum ini berkata mereka akan mengecualikan beberapa barangan AS daripada tarif baharu itu- yang kelihatan seperti tolak ansur menjelang rundingan kepimpinan tertinggi kedua-dua negara untuk menyelesaikan perang dagang yang berlanjutan lama.

Bagaimanapun, barangan itu tidak termasuk barangan besar pertanian yang penting untuk mencapai kejayaan dalam perjanjian damai kedua-dua negara, yang kerananya menjejaskan ekonomi global.

Pengecualian China itu akan berkuatkuasa pada 17 September dan sah selama setahun, menurut Suruhanjaya Tarif Kastam China yang mengeluarkan dua senarai termasuklah barangan laut dan ubat anti kanser.

Perunding perdagangan berkata mereka akan bertemu di Washington awal bulan ini, mencetuskan harapan untuk ketegangan kedua-dua kuasa besar ekonomi itu reda. – AFP, 12 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen