Guterres beri amaran kepada Netanyahu


Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memberi amaran bahawa rancangan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk merampas kawasan utama dalam jajahan Tebing Barat akan melanggar undang-undang antarabangsa. – Gambar EPA, 12 September, 2019.

SETIAUSAHA Agung PBB Antonio Guterres semalam memberi amaran bahawa rancangan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk merampas kawasan utama dalam jajahan Tebing Barat akan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Tindakan sebegitu, sekiranya dilaksana, merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa,” kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan.

“Ia akan menjejaskan potensi menyambung semula rundingan dan keamanan serantau, serta memperlekeh keupayaan penyelesaian (pentadbiran) dua negara,” katanya.

Janji kontroversi Netanyahu untuk meluaskan jajahan takluk Israel sehingga ke Lembah Jordan dan utara Laut Mati, yang merupakan satu pertiga kawasan Tebing Barat, sekiranya menang pilihan raya minggu depan.

Ia bagaimanapun tidak melibatkan rampasan mana-mana bandar Palestin seperti Jericho.

Janji pilihan raya pada Selasa itu menimbulkan kecaman kuasa besar Arab lain yang memberi amaran- seperti Guterres- tentang kesan buruknya terhadap proses damai Israel dan Palestin. – AFP, 12 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen