Johan Setia, Klang, Rompin catat bacaan IPU 'sangat tidak sihat'


Pemandangan di sekitar ibu negara yang dilanda jerebu hari ini. Rompin mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat paling tinggi iaitu 221.– Afif Abd Halim, 11 September Ogos, 2019.

JOHAN Setia di Klang, Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras sangat tidak sihat, manakala tiga kawasan lagi menunjukkan perubahan setakat pukul 7 malam hari ini, kata Jabatan Alam Sekitar. 

Bacaan IPU di kawasan berkenaan meningkat kepada 203 iaitu naik lima mata daripada 198 pada pukul 5 petang hari ini.

Tiga kawasan tang merekodkan bacaan sederhana adalah di Samarahan (92) di Sarawak, Bukit Rambai (99) dan Alor Gajah (98) di Melaka. 

Rompin, Pahang terus mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu 221 yang merupakan paling tinggi dalam negara ketika ini. 

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri sembilan, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak masih mencatatkan bacaan tidak sihat. 

Di Batu Muda, Kuala Lumpur, bacaan IPU dicatatkan pada 148 dan Cheras (150. Putrajaya pula mencatatkan bacaan 159. 

Di Shah Alam, Selangor, bacaan IPU dicatatkan pada 158, Balik Pulau di Pulau Pinang (128); Seri Manjung di Perak (130).

Nilai di Negeri Sembilan mencatat bacaan 159, Nilai (155) dan Seremban (126), manakala Tangkak di Johor (120).

Di Sri Aman, Sarawak, IPU dicatatkan pada 138 dan Kuching (109). 

Keadaan jerebu berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. 

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat keadaan berjerebu dan dinasihatkan memakai topeng muka yang bersesuaian. 

Pengarah Kesihatan Selangor Dr Khalid Ibrahim berkata, terdapat dua jenis topeng muka yang dijual di pasaran iaitu topeng pembedahan dan N95. – 11 September Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen