WALAUPUN sebahagian kawasan diliputi asap dan jarak penglihatan berkurangan kepada 1km di kebanyakan tempat sejak minggu lalu, pengangkutan udara dan sungai Sarawak tidak terdedah kepada bahaya kerana jerebu.
“Operasi seperti biasa,” kata pengawal sungai Richard Tajan berhubung operasi bot laju di Sungai Rajang.
“Tiada pembatalan, tiada gangguan tetapi kami terus memantau keadaan,” katanya.
Sungai itu sejak sekian lama menjadi penghubung kepada penduduk di sepanjang sungai terpanjang di negara ini dan satu-satunya pengangkutan bagi mereka yang tinggal di Kapit.
Tajan berkata jarak penglihatan pada masa ini masih boleh dikendalikan.
Katanya, Lembaga Sungai Sarawak menetapkan prosedur operasi standard yang perlu diambil jika jarak penglihatan di Sungai Rajang atau sungai lain bertambah buruk dan bahaya kepada lalu lintas sungai.
Bot di Sungai Rajang, sesetengahnya dengan kelajuan sehingga 30 knot, boleh membahayakan penumpang.
Sibu, yang bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hanya 80 dan Kapit 69 pada 11 pagi hari ini, antara kawasan yang kurang terjejas di Sarawak.
Kawasan yang teruk terjejas ialah di selatan Sarawak.
Pesawat AirAsia masuk dan keluar ke lapangan terbang antarabangsa Kuching juga tidak terganggu walaupun jarak penglihatan hanya 1km semalam. – 11 September, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen