Pegawai kerajaan ditahan kes jual MyKad RM350,000


POLIS menahan reman beberapa individu termasuk pegawai kerajaan berpangkat tinggi berhubung aktiviti penjualan MyKad kepada seorang warga China di Pulau Pinang.

Laporan Harian Metro menyebut kesemua yang ditahan merupakan pegawai dari jabatan di Pulau Pinang dan Putrajaya.

Kesemuanya disiasat Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam operasi khas polis minggu lalu.

Operasi itu membongkar kes jualan lebih enam MyKad dengan nilai RM350,000.

Kes itu berjaya dihidu apabila wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu mengemukakan MyKad bagi membuat pasport Malaysia.

MyKad yang dikemukakan dilaporkan dokumen sah namun bertugas dilaporkan meragui status kewarganegaraan apabila timbul masalah komunikasi dengan wanita itu.

Sumber yang dipetik dalam laporan itu menyebut, wanita warga asing itu gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan.

Operasi dijalankan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia membuat laporan polis. – 11 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen