Kabul diserang roket sempena ulang tahun 9/11


Roket dilancarkan ke arah kompleks Kementerian Pertahanan Afghanistan di Kabul awal hari ini, sempena ulang tahun ke-18 serangan 11 September. – Gambar fail EPA, 11 September, 2019.

ROKET dilancarkan ke arah kompleks Kementerian Pertahanan Afghanistan di Kabul awal hari ini, sempena ulang tahun ke-18 serangan 11 September, tetapi tiada kecederaan dilaporkan, kata pihak berkuasa.

“Roket terkena tembok kementerian, tetapi tiada kematian dilaporkan,” kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nosrat Rahimi dalam satu kenyataan.

Serangan itu berlaku selepas tengah malam.

Ia serangan pertama di ibu kota Afghanistan sejak Presiden Donald Trump mengumumkan pada hujung minggu lalu bahawa rundingan dengan Taliban untuk penarikan keluar tentera AS sudah “mati”.

Pada Selasa, pemberontak berjanji untuk terus berperang dan memberi amaran yang Washington akan menyesal kerana mengabaikan rundingan itu.

Serangan 11 September, 2011 menyasarkan kepada AS menyebabkan pencerobohan AS di Afghanistan, yang kemudian menggulingkan rejim Taliban.

Minggu lalu, Kabul menjadi lokasi dua serangan yang didakwa dilakukan oleh Taliban yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut. – AFP, 11 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen