ARAB Saudi hari ini mengecam janji kontroversi Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk pengilhakan Lembah Jordan di kawasan jajahan Tebing Barat jika dipilih semula rakyatnya.
“Arab Saudi mengecam dan menolak deklarasi itu,” kata Agensi Berita Saudi, memetik dekri diraja.
“Negara mengesahkan pengisytiharan itu adalah tindakan sangat berbahaya terhadap rakyat Palestin dan secara terbuka melanggar Piagam PBB dan prinsip undang-undang antarabangsa.”
Arab Saudi juga mendesak “mesyuarat tergempar” menteri luar 57 ahli negara Organisasi Negara Islam (OIC), tambah SPA.
Netanyahu mengeluarkan ikrar kontroversi itu ketika beliau bersiap sedia berdepan pilihan raya 17 September ini, mengulangi janjinya untuk meluaskan kawasan jajahan Israel di Tebing Barat sekiranya dipilih semula.
Arab Saudi juga menggesa masyarakat antarabangsa untuk “mengecam dan menolak deklarasi dan mempertimbangkan sebarang hasil daripadanya sebagai terbatal dan tidak sah.”
Palestin dalam kenyataan serta merta terhadap kenyataan Netanyahu menyifatkan janji itu memusnahkan semua harapan perdamaian, lawan pilihan rayanya pula menuduh beliau memainkan sentimen untuk meraih undi haluan kanan dalam pilihan raya. – AFP, 11 September, 2019.
Komen