Detik bersejarah PRU14 didokumentasikan


Ragananthini Vethasalam

Marina Mahathir pada tayangan perdana M for Malaysia iaitu sebuah dokumentari perjalanan kempen pilihan raya oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 10 September, 2019

PERTANDINGAN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) berbaloi untuk didokumentasikan, tanpa mengira hasilnya, kata penerbit eksekutif dokumentari M for Malaysia, Marina Mahathir.

Bercakap pada tayangan perdana filem berkenaan, Marina berkata idea asal adalah untuk merakamkan proses berkempen tanpa mengira sama ada Pakatan Harapan akan menang.

Dokumentari sepanjang 90 minit itu, yang mengimbas kembali penubuhan pakatan antara bekas musuh politik dan kemenangan bersejarah mereka, merakamkan detik ketika kempen dan kemenangan PH pada 9 Mei, 2018.

M for Malaysia diterbitkan dan diarahkan oleh Dian Lee dan Ineza Roussille.

“Pada mulanya saya dan Dian memutuskan utnuk merakam kempen PRU14 tak kira sama ada Pakatan Harapan menang, hanya kerana merasakan ia berbai untuk didokumentasikan,” kata Marina.

“Kami menemui krew dalam tempoh 24 jam dan menghantar mereka untuk mengikut ke mana sahaja Dr Mahathir pergi,” tambahnya.

Anak perempuan Marina hadir pada hari ketiga dan mengikut datuk dan nenek mereka sehingga hari pengundian.

Seminggu selepas 9 Mei, mereka mendapati mereka miliki rakaman 90 minit, yang kemudian diubah menjadi sebuah dokumentari. – 10 September, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen