SERAMAI tujuh belas orang cedera selepas dua ekor gajah mengamuk ketika festival keagamaan sedang berlangsung di Sri Lanka, kata polis.
Antara yang cedera ialah seorang penjaga kuil yang menunggang salah seekor gajah. Lelaki itu dan 13 wanita bertempiaran bertempiaran lagi menyelamatkan diri apabila kedua-dua ekor gajah mengamuk pada perarakan Buddha di Colombo, Sabtu lalu.
Tiada mangsa yang cedera serius, kata pihak berkuasa.
Seorang pakar gajah berkata kedua-dua ekor haiwan itu dalam keadaan tertekan semasa musim mengawan, dan kejadian berlaku kerana pihak kuil tidak mengendalikan haiwan itu dengan betul.
“Kedua-dua ekor gajah itu tidak sepatutnya digunakan dalam perarakan. Sepatutnya haiwan ini diperiksa keadaannya terlebih dahulu, kata Jayantha Jayewardene.
Tiga tahun lalu, dua ekor gajah mengamuk semasa upacara di kuil, menyebabkan seorang wanita maut dan 12 yang lain cedera. – AFP, 10 September, 2019.
Komen