Asean sokong usaha pelucutan, pengawalan senjata nuklear


Mesyuarat Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu sempena Hari Antarabangsa memerangi Ujian Nuklear yang diadakan di New York. – Gambar EPA, 10 September, 2019.

ASEAN mengulangi pendirian menyokong usaha perlucutan dan pengawalan ujian senjata nuklear serta berpegang teguh mengenai pentingnya mencapai kesepakatan mengenai Perjanjian Komprehensif Larangan Ujian Nuklear (CTBT), lapor agensi berita Xinhua utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Isnin.

Bercakap pada mesyuarat Perhimpunan Agung PBB sempena Hari Antarabangsa memerangi Ujian Nuklear, wakil tetap PBB di Thailand Vitavas Srivihok berkata anggota Asean Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, semua meratifikasi CTBT.

“Memandangkan kepentingan CTBT, kami bersama dengan pihak lain menggesa negara Annex 2 untuk menandatangani dan meratifikasi perjanjian itu secepat mungkin untuk membolehkan ia dikuatkuasakan,” kata wakil Asean itu.

CTBT berperanan untuk menggerakkan perlucutan dan pengawalan senjata nuklear serta memelihara kedamaian dan keselamatan global. – Bernama, 10 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen