KUMPULAN Taliban berikrar untuk meneruskan perjuangan mereka menentang tentera Amerika Syarikat di Afghanistan selepas Presiden Donald Trump membuat kenyataan rundingan dengan pemberontak itu telah “mati”, dan menyatakan AS kesal kerana meninggalkan rundingan itu.
“Kami ada dua cara untik tamatkan penjajahan di Afghanistan, satu adalah jihad dan berjuang, yang lain adalah rundingan dan perbincangan,” kata jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid kepada AFP.
“Jika Trump mahu rundingan ditamatkan, kami akan ambil langkah pertama dan mereka pasti akan menyesal.”
Kenyataan Taliban itu dibuat beberapa jam selepas Trump memberitahu pemberita AS akan meninggalkan rundingan selepas hampir setahun ia dijalankan bagi memberi laluan kepada engunduran tentera Amerika dari Afghanistan selepas 18 tahun terbabit dalam peperangan itu.
“Mereka telah mati. Apa yang saya tahu, mereka telah mati,” kata Trump di White House.
Pengumuman itu susulan daripada pembatalan dramatik ejen risikan untuk menerbangkan pemimpin Taliban bagi rundingan secara bersemuka di Camp Davod, di luar Washington. – AFP, 10 September, 2019.
Komen