PEMIMPIN Hong Kong hari ini memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) supaya jangan mencampuri tindak balas kerajaan terhadap pergerakan pro-demokrasi di bandaraya itu, selepas timbul gesaan supaya Washington meningktkan tekanan terhadap Beijing.
Berjuta penduduk Hong Kong merusuh sepanjang 14 minggu lalu, menjadi cabaran terbesar China untuk mentadbir hab kewangan itu sejak ia diserahkan semula oleh Britain pada 1997.
Ahad lalu, perusuh kembali memenuhi jalanan dan berarak ke konsulat AS untuk mendesak Kongres meluluskan rang undang-undang menyokong pergerakan pro-demokrasi.
Jika diluluskan, undang-undang tersebut akan menjejaskan hak keistimewaan perdagangan AS yang diberi Hong Kong. Undang-undang itu mewajbkan pemeriksaan berjadual sama ada pihak berkuasa mematuhi Undang-Undang Asas di bawah status separa autonomi wilayah itu.
Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam berkata sebarang perubahan kepada hubungan ekonomi dengan Washington akan mengancam “manfaat bersama”.
“Sama sekali tidak sesuai bagi mana-mana negara mencampuri urusan Hong Kong.
“Saya harap tiada lagi orang Hong Kong beritahu Amerika Syarikat supaya luluskan akta itu,” katanya kepada pemberita.
Walaupun ada ahli politik AS di kedua-dua belah pihak menyokong desakan tersebut, pentadbiran Presiden President Donald Trump memilih untuk tidak melibatkan diri ekoran perang perdagangan dengan China. – AFP, 10 September, 2019.
Komen