17 maut bas dinaiki terbalik akibat banjir di Maghribi


Anggota pasukan keselamatan mencari mangsa kemalangan bas yang terbalik akibat banjir di tepi sungai Damchan berhampiran bandar Errachidia, di selatan Maghribi. – Gambar AFP, 10 September, 2019.

SEKURANG-KURANG 17 terbunuh di Maghribi apabila banjir menyebabkan bas dinaiki mangsa, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Pasukan penyelamat giat mencari mayat sejak kemalangan berlaku pada Ahad, ketika bas berkenaan terbalik di sebuah jambatan lembah dekat kota Errachidia, kata pihak berwajib.

Mereka berkata 29 penumpang lagi yang mengalami pelbagai kecederaan tetapi dalam keadaan “stabil”, dipindahkan ke hospital di Errachidia.

Pekerja penyelamat masih meneruskan pencarian mereka, selepas menemui mayat enam penumpang di kawasan kemalangan dan 11 lagi dalam operasi bantuan.

Pemandu bas, yang pada awalnya dikira sebagai antara yang hilang, muncul pada Isnin di hospital dan sedang dirawat di bawah pengawal polis sebelum disoal siasat, kata pegawai tempatan.

Penumpang yang cedera menceritakan pengalaman mereka ketika ditemuramah oleh Medi1TV di hospital.

“Kami berada di atas jalan apabila tiba-tiba dikelilingi air,” kata seorang wanita, manakala seorang lagi berkata: “Bas itu tidak boleh bergerak ke depan atau berundur dan terus terbalik.”

Maghribi dilanda ribut kuat pada musim panas ini, mencetuskan banjir kilat beberapa di kawasan pergunungannya.

Pada akhir Ogos, banjir melanda sebuah padang bola di selatan Taroudant dan mengakibatkan lapan orang maut.

Dan pada Julai, 15 orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh akibat banjir kilat di jalan selatan Marrakesh.

Banjir sering berlaku di negara Afrika Utara. Pada 2014, ia membunuh kira-kira 50 orang dan menyebabkan kerosakan yang besar. – AFP, 10 September, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen