SEKURANG-KURANGNYA tiga terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah rumah di bandar Dordrecht, selatan Belanda pada malam Isnin, kata polis dan laporan berita.
“Penembak dipercayai seorang anggota polis yang juga menembak dirinya sendiri,” kata akhbar tabloid De Telegraaf, sambil menambah anggota keluarga keempatnya cedera parah dan dibawa ke hospital.
Polis Rotterdam menulis di Twitter “tiga orang terbunuh dan seorang lagi cedera parah” tetapi tidak memberikan butiran lanjut.
“Kami berada di tempat kejadian bersama ramai orang untuk menyiasat punca kejadian itu,” kata polis sambil menambah lebih banyak maklumat akan diberikan kemudian.
Datuk Bandar Dordrecht Wouter Kolff menulis beliau “sangat disentuh dan bersimpati dengan semua yang terlibat”.
Dordrecht terletak sekitar 25 kilometer (barat laut) dari bandar pelabuhan Rotterdam dan merupakan satu bandar tertua di Holland Selatan. – AFP, 10 September, 2019.
Komen