SEKURANG-kurangnya 37 orang terbunuh manakala 40 lagi silaporkan hilang dalam bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda utara dan tengah Vietnam, menurut pihak berkuasa pada Khamis.
Kematian yang dicatatkan berlaku di enam daerah di negara itu berikutan hujan lebat yang melanda negara itu minggu ini, kata Pengurusan Bencana Vietnam.
Utara Hoa Binh merupakan kawasan yang paling teruk terjejas dengan 11 kematian manakala 21 lagi dilaporkan hilang.
“Kami menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang masih hilang,” kata pihak berkuasa itu kepada AFP ketika dihubungi. – AFP, 12 Oktober, 2017.
Komen