BADAN pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan pada hari Isnin bahawa Iran sedang memasang alat pemisah nuklear maju ketika perjanjian nuklear 2015 bersama kuasa-kuasa dunia terhadap program nuklear Tehran dilihat tidak lagi berperanan.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam satu kenyataan berkata pada 7 September pihaknya telah “mengesahkan bahawa emparan berikut telah dipasang atau sedang dipasang ...: 22 IR-4, IR-5, 30 IR-6 dan tiga IR-6s”.
Pengesahan IAEA itu dibuat sehari selepas Tehran mengecam kuasa Eropah, mengatakan bahawa Eropah telah menyebabkan negara itu tidak mempunyai pilihan selain mengurangkan komitmennya di bawah Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 (JCPOA).
IAEA trut berkata dalam kenyataannya bahawa alat pemisah nuklear itu telah dipasang di Pusat Kemudahan Natanz, Iran dan turut menambah bahawa “semua alat pemisah (emparan) telah disediakan untuk menjalani ujian dengan UF6 (uranium hexafluoride), bagaimanapun tidak ada ujian dengan UF6 dijalankan pada 7 dan 8 September 2019.”
“Selain itu, dalam satu surat kepada Agensi tersebut bertarikh 8 September, Iran memaklumkan bahawa ia akan memasang semula paip di dua jalur Kajian dan Kemajuan untuk menampung lata pemisah 164 IR-4 dan lata pemisah 164 IR-2m,” kata kenyataan itu. – AFP, 9 September, 2019.
Komen