Bedilan roket dari Syria tak sampai, kata tentera Israel 


Serangan udara di Syria beberapa hari lalu mengenai sasaran pasukan pro Iran di timur Syria menyebabkan 18 terbunuh, menurut pemerhati.– Gambar EPA, 9 September, 2019.

ISRAEL pada Isnin berkata, beberapa roket dibedil ke wilayahnya dari Syria oleh tentera yang disokong Iran dalam apa yang disifatkan sebagai insiden jarang berlaku, namun kesemua bedilan itu tidak sampai ke sasaran. 

“Pada awal hari ini, sejumlah roket dibedil dari Syria ke arah Israel, namun ia gagal sampai ke kawasan Israel.

“Roket itu dilancarkan dari pinggir Damsyik oleh kumpulan peberontak Shyoah di bawah pasukan Quds Iran,” menurut kenyataan tentera Israel. 

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas serangan udara di Syria mengenai sasaran pasukan pro Iran di timur Syria menyebabkan 18 terbunuh, menurut pemerhati.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria bagaimanapun tidak mengenal pasti pihak yang melancarkan serangan itu. 

Israe melancarkan ratusan serangan ke negara Syria yang menurut rejim itu, ia mensasarkan tentera Iran dan Hizbullah. 

Jurucakap tentera Israel bagaimanapun enggan mengulas sama ada Israel terlibat dalam serangan terbaharu itu.  – AFP, 9 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen