Juruterbang mogok, British Airways batal penerbangan


Syarikay penerbangan British Airways hari ini terpaksa membatalkan hampir semua penerbangan dari lapangan terbang di United Kingdom selepas para juruterbangnya melancarkan mogok. – Gambar AFP, 9 September, 2019.

SYARIKAT penerbangan British Airways (BA) hari ini terpaksa membatalkan hampir semua penerbangan dari lapangan terbang di United Kingdom (UK) selepas para juruterbangnya melancarkan mogok.

“Selepas beberapa bulan cuba menyelesaikan masalah gaji, kami meminta maaf perkara ini terjadi,” kata BA dalam satu kenyataan.

BA berkata mereka bersedia untuk berbincang dengan Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan British (BALPA).

“Malangnya, oleh kerana tiada maklumat daripada BALPA mengenai juruterbang manakah yang terlibat mogok, kami tidak dapat menjangkakan berapa ramai yang akan datang bertugas dan pesawat mana yang akan terbang. Ini menyebabkan kami tiada pilihan selain membatalkan hampir semua penerbangan kami.”

Syarikat penerbangan UK itu sejak sembilan bulan lalu terbabit dalam pertikaian mengenai isu gaji dengan 4,300 juruterbangnya.

Juruterbang akan meneruskan mogok esok serta sekali lagi pada 27 September dan kemungkinan menjelang cuti musim sejuk jika pertikaian tidak mencapai penyelesaian.

BA pernah menawarkan kenaikan gaji sebanyak 11.5% pada Julai, tetapi ditolak oleh BALPA.

Jika tawaran itu diterima, juruterbang akan menerima gaji “bertaraf dunia” dan faedah sekitar £200,000 setahun, kata BA. – AFP, 9 September, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen